JellyPages.com

Thursday, March 3, 2011

WARKAH BUATMU SAHABAT~

To My Beloved Akhawat~

Terima Kasih sahabatku kerna sudi menjadi teman hidupku..berkongsi suka dan duka bersamaku..dirimu tidak henti-henti mencurahkan kasih sayangmu kepadaku.bibirmu tidak pernah lekang daripada mengukirkan senyuman manis untuk merawat hatiku yang terluka,sedih,kecewa walaupun saat itu dirimu dihimpit oleh kesedihan,keperitan hidup yang terpaksa dilalui...


Adakalanya kita tidak seia sekata ,selalu ada sahaja perselisihan antara kita,tapi hakikatnya itulah yang menjadi tali yang mengeratkan lagi ukhuwah kita..acapkali hatiku risau bila memikirkan persahabatan kita.aku tertanya-tanya...adakah persahabatan yang dibina ini hanyalah untuk sementara ataupun selama-lamanya..adakah kasih sayang antara kita akan terhenti apabila aku tiada lagi di dunia ini...adakah dirimu akan berpaling dariku setelah kau dipertemukan dengan insan lain...


Tapi...semua persoalan itu telah dapat kurungkaikan...kita sama-sama berjanji dengan nama ALLAH bahawa ukhuwwah kita untuk selama-lamanya..hingga akhir hayat kita..janji itulah yang semakin menguatkan lagi persahabatan yang kita bina kerana Allah..walau setinggi manapun harapanku untuk selalu bersamamu...tapi hakikatnya kita akan berpisah jua..bagiku...hanya jasad yang memisahkan kita tapi hati kita tetap utuh tersimpul,terpaut...


Dalam perjuangan ini...aku tidak gentar menanti mehnah dihadapan sana kerna aku punya kamu,,sahabatku sebagai sumber kekuatanku..kita sama-sama berjuang,bertempur di medan dakwah ini untuk meninggikan nama Pencipta kita,Pencipta sekalian alam,juga Yang telah mentakdirkan kita untuk bersama sebagai sahabat..


Teruskanlah berjuang wahai sahabatku walaupun diriku tiada lagi di sisimu..hanya sekalung doa yang dapat kuhadiahkan kepadamu sebagai tanda aku rindu,aku kasih,,aku sayang kepadamu..terima kasih sahabatku untuk segalanya..tidak dapat kubaas segala jasa baikmu terhadapku..Semoga Allah sudi kekalkan kita di atas kalan dakwah ini..Satu sahaja hasratku...INGIN KE SYURGA BERSAMAMU,SAHABAT....


MY AKHAWAT:****,****,*****,*****,*******,**,***,******,****,***,****,
******,****,*******,*****,*******,*****,******,****,******,****,******,
***,***,******