JellyPages.com

Wednesday, November 25, 2009

INGIN CERIA???












Emm,baru2 ni zd ada mbaca buku motivasi yg btajuk 'Petua Untuk Sentiasa Ceria' karya Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah,Hj. Muhammad Zakaria dan Zizi Azlinda Yusof..buku tu mmg best sgt2..sesuai untuk semua orang,xkira tua atau muda..dan zd rasa petua2 yg disyorkan tu senang utk dpraktikkan..hari ni, zd rasa nak kongsi beberapa tips utk sentiasa ceria...huhu..


  • PATUH PERINTAH ALLAH

~Allah berfirman maksudnya:

"Dan,bahawa Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An-Najm:43)


~untuk mencari keceriaan dalam diri,bawa diri kita dekat dengan Allah.Taati Allah,dirikan ibadah,tinggalkan segala laranganNya.Jika kita cuba sedaya upaya mematuhi perintahNya bermakna kita mengejar rahmatNya..

~kata hukamak:Buatlah apa yang Allah suka walaupun ramai orang benci.Jangan melakukan sesuatu yg ramai org suka tetapi Allah benci..

  • BERDOA UNTUK CERIA

~Doa adalah senjata dan doa juga mampu mengubah takdir...


~10 Sebab Doa Tidak Diterima:


-kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak mematuhi hak2Nya (hak Allah adalah mengikut segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya..


-kamu mengaku mencintai Rasulullah,tetapi kamu tidak pernah mengikut sunnah Baginda..


-kamu membaca Al-Quran,tetapi kamu tidak mengamalkan isi kandungannya..


-kamu mengaku syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu patuh kepadanya..

-kamu berdoa dijauhkan dari api neraka tetapi kamu mendekatinya dengan selalu berbuat maksiat..

-kamu berdoa semoga dimasukkan ke Syurga tetapi kamu tidak berusaha untuknya..

-kamu mengetahui bahawa kematian itu pasti tetapi kamu tidak bersiap sedia menghadapinya..

-kamu selalu membuka keaiban saudara kamu tetapi kamu tidak melihat keaiban diri kamu sendiri..

-kamu makan segala rezeki dan nikmat Allah tetapi kamu tidak mensyukurinya..

-kamu mengebumikan jenazah saudaramu yg meninggal,tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya..


~WAKTU TERBAIK UNTUK BERDOA :


-selepas azan

-waktu hujan lebat

-waktu dalam kesedihan

-waktu kesusahan

-selepas membaca Al-Quran

-waktu berkumpul dalam majlis ilmu

-waktu melihat kaabah

-waktu tawaf dan saie

-waktu di antara dua khutbah Jumaat

-waktu hampir berbuka puasa

-waktu berpuasa(puasa wajib dan sunat)

-selepas solat

-1/3 terakhir malam

-waktu sahur




  • MAAFKAN SEMUA ORANG SEBELUM TIDUR


~ini adalah adab2 tidur yg diamalkan oleh Rasulullah..

~sikap pemaaf diserasikan dengan hidup berkasih sayang..Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud: "Sayangilah apa yg ada di muka bumi,nescaya kamu akan dikasihi oleh yg di langit (para malaikat)." (Riwayat Thabrani)




  • PROGRAMKAN MINDA SEBELUM TIDUR



~antara program yg boleh kita lakukan sebelum melelapkan mata ialah muhasabah diri dan memperbaharui niat seikhlas mungkin..contohnya, 'Aku nak bangun esok pagi dalam keadaan minda yg cergas dan sentiasa ceria.."




  • SENYUM & BERDOA KETIKA BANGUN TIDUR


~senyum kerana kita tidak menyesali hari semalam dan berdoa kerana mohon kekuatan menghadapi hari esok...

~peribahasa Cina mengatakan,

"Semalam dan kelmarin telah berlalu meninggalkan sejarah dalam kehidupan.Esok,lusa dan akan datang merupakan impian dan wawasan."




  • MEMAKAI WARNA YG SESUAI DENGAN NALURI

~setiap warna mempunyai pengaruh kepada jiwa dan persepsi manusia..contohnya:

~warna pink(my fav,huhu)

-penyayang,bersungguh-sungguh,ekstrim apabila fokus kepada sesuatu,sihat...

~warna kuning

-ceria,tahan lasak,suka berkawan,suka popular,enjoy..




~warna hijau

-tenang,pemurah,berperikemanusiaan,kreatif,mengambil berat,banyak idea,pengasih,penyayang..




~warna merah

-kemegahan,pantas,kurang sabar,bersemangat..




~warna coklat

-matang,sihat,berdikari,tenang..




~warna hitam

-ego,keyakinan diri,mudah hiba,iltizam yg tinggi,komited,serius..




~warna putih

-optimistik,suci,kedamaian,xsuka bergaduh,bersangka baik..




~warna biru muda

-sensitif,beretika,romantik,suka menolong,mudah berkorban,kerjasama,membawa kesembuhan..




~warna perak/emas

-kejayaan,positif,ceria,gigih..




~warna oren

-suka kebebasan,aktif,agresif,sihat..





  • MENGGEMBIRAKAN ORANG LAIN

~"Amalan yg utama ialah kegembiraan yg kamu tanamkan ke dalam hati seorang Muslim." -maksud hadis..




~Rasulullah s.a.w juga bersabda:

"Sesiapa yg melapangkan seorang Muslim drpd satu kesusahan dunia,Allah akan melapangkan daripada kesusahannya pada hari kiamat."(Riwayat Muslim,Abu Daud,Nasa'i,Tirmizi dan Ibn Majah)




~byk cara boleh dibuat untuk menggembirakan saudara2 kita yg lain:




-Hadiah

Sabda Rasulullah bermaksud:

"Hendaklah kamu saling mberi hadiah,kerana ia boleh melahirkan perasaan kasih sayang dan akan hilanglah pmusuhan," (Riwayat Bukhari & Abu Ya'la)




-Dakwah

Misalnya,bg para da'ie @ pendakwah,mencari cara yg kreatif dlm memikat hati org2 yg didakwahnya demi mbawa mereka mengenali Allah dgn hati yg tbuka..



-Akhlak Mulia



-Kata Penyejuk




  • MEMUPUK PERSAHABATAN YG PADU


~Sahabat sejati ialah teman di kala senang dan di kala susah...




  • "BETAPA PENTING KAMU BAGIKU..."



~Di kala kita berseorangan dan menghadapi kegusaran ada sahabat yg datang menemani kita dan mberi semangat baru..ini bibit-bibit ceria!!








Setakat ini shj petua yg ign zd kongsikan bersama..harap kita semua blh praktikkan dalam kehidupan kita seharian di samping kita bermuhasabah diri dan membuat perbaharuan..hanya kerana Allah..




Salam sayang utk semua:)




















Monday, November 23, 2009

AHLI BARU...





















Salam...


Emm,,hari ni zd nak share satu berita gembira sal family zd..satu berita yg sangat2 membahagiakn seluruh ahli kluarga..dan yg pastinya berita2 camni la yg ditunggu2 oleh setiap fmly..emm,pe agaknya ek..??huhu..main teka-teki lak doc zid ni..k,zd bgtau noh..

Hmm,berita ni zd dapat daripada mum zd sendiri..beberapa hari yg lepas..terkejut + hepi!!huhu..berita ni sal 3 org ahli fmly zd..iaitu cik ti,maksu n k.aisyah(maahadians mesti kenal sgt2 ni..) diorang semua tengah hangat2 berbadan dua..kandungan diorg dalam 3 or 4 bulan..hepinyer..cik ti mgndungkan anak yg kedua..anak sulong c.ti,Salsabila dah masuk setahun tahun nie..harap2nya,c.ti dapat baby boy lak ya..

Yg second,maksu..wife kepada a.su zd..diorg baru je kawen bulan 6 lepas..hangat2 lagi..syukur sgt2 a.su n maksu dapat timang anak awal2..hope,maksu dpat anak twins yer..best sket kan..huhu..to a.su:emm,nampaknya xjadi la a.su nak bwk zd g jln2 time cuti skolah ni..hancur luluh angan2 zd..huhu..xpe2,,next time la ye..tapi,,zd xnk g oliday kt M'sia..nak g overseas lak..hehe..redha je la a.su yer..to maksu:nanti kiter g oliday dgn baby baru ye..

And yg last sekali..k.aisyah..adik ipar kepada c.ti..pon baru kawen jgak..bulan 6 lepas..hrp2nyer k.aisyah selamat melahirkan baby..rasa cam baby boy jer..hehe..Ameen,,
Pepe pon,,jantina anak tu xpenting..yg pentingnyer kiter selamat melahirkan baby tu kan..ops!kiter lak..maaf2 tersasul..diorang..hehe..betol x..?betol x..?syukur sangat2 kalo yg dah ada anak sendiri sb ramai lagi kat luar sana yg masih lagi belum ada anak..masih lagi berusaha untuk mendapatkan anak..macam2 cara dah buat..mungkin satu hari nanti..InsyaAllah..semua2 tu dalam perancangan Allah..Hanya Dia saje yg tahu..Kita hanya mampu bdoa n berusaha..

Sebelum zd mgundurkan diri,zd nak share satu lagi berita gmbira..hari ni genap 4 tahun umor adek zd yg bongsu skali,Ibtisam Mumtaz..to adek:hepi befday yea..jgn nakal2..adek da besar da tau..huhu...Erm..rasanya tu je yg zd nk share hari ni..zd doakan semoga semua selamat melahirkan baby masing2..InsyaAllah.Ameen..


P/s:xsabar nak timang cousins baru..cepat2 la kuar adek2 yer..nanti leh main dgn k.ngah..yg gurl kita main barbie doll..yg boy..emmm,,transformer kooOt..no comment!huhu..



Thursday, November 19, 2009

KENANGAN PROGRAM INTROSPEKSI 2009

Program Introspeksi...em,,rasanya semua dah sedia maklum..lebih2 lagi kepada sesiapa yg da join program ni..mmg best..banyak ilmu2 yg dapat sepanjang berlangsungnya program ni..dan sudah tentu ilmu2 yg dapat tu untuk bekalan masa hadapan..program yg dirangka khusus untuk pelajar2 form 3 ni berlangsung selama lebih kurang 2 minggu..penghandle bg program ni terdiri daripada pelajar2 form 3 dan form 2..dan zd termasuk dalam golongan penghandle program ni..best sangat sb blh wt keje sama2,qiam sama2,,makan sama2,,tidur sama2,,kena torture sama2,,nangis sama2,,ketawa sama2...disebabkan program ni la zd dan kawan2 yg handle program ni dapat merasai halawatul ukhwah..manis sgt..semanis madu lebah..

kenangan introspeksi tahun lepas(tahun zd handle progam ni)masih lg boleh dirasai..hangat2 lagi..tahun ni turn adek2 lak..kakak2 yg da handle ni tlg memerhati n tolong adek2..pd kebiasaannya,,first day tu kelam kabut sket..mybe diorg xbiasa..dan zd akui program thun lpas pon lbh kurang mcm ni la..so,,kakak2 yg da lepas ni la yg kena turun padang..tolong sket2 apa yg patut...

Program intro tahun ni bmula pd 20 okt hari selasa..beberapa hari sebelum bermulanya program ni,,zd n kawan2 yg satu batch dgn zd dberi amanah untuk menggantikan adek2 yg handle program ni..sbnya diorang kna sertai satu program bermalam selama 5 hari..program tu start pada hari jumaat,berakhir hri selasa..so,,mantan2 KD ni kena la gnti adek2 selama 2 hari iaitu hari selasa n rabu..kitorang terima dgn hati yg redha dan ihklas walaupun beberapa hari lagi exam SMU akn bmula..fuh,,agak berdebar..tapi,,bila kitorang ingat je janji2 Allah yg da termaktub dalam KalamNya,,perasaan berdebar tu hilang secara semulajadi...amazing!!perjuangan memerlukan pengorbanan..tanpa pengorbanan maka tdk lengkaplah sebuah perjuangan..btol x...??huhu..

kat bawah ni adalah gambar2 yg sempat diambik sepnjang program ni yg dihandle oleh batch zd..


inilah wajah2 yg akn mggantikan zd dan kawan2(satu batch) untuk memegang tampuk pemerintahan MMP tercinta..Smg Allah mberkati adek2..Ameen..

utk pengetahuan smua,ni la muka2 yg ghaib bin ajaib dlm klas time kna hndle program tu..hehe:)




ni plak muka2 yg kena torture dgn akak2..best sgt..huhu:)

nice..pandai adek2 akak wt banner..:)

ni adalah mantan2 KD intro 2008..

Wednesday, November 18, 2009

ADA-ADA JE...

















salam...

Ai ni hujan agak lebat + xhenti2..air da mulai memenuhi kolam ikan yg dok kt luar umh..InsyaAllah,umh zd xkan bnjir disebabkan umh zd tinggi sket..ai ni zd dok dgn adk2 zd,k.teh(yumni yusrina,9) ,bang lang(m.afzal,7) dan yg bongsu sekali(ibtisam mumtaz,4) kt umh..smua xg skul kecuali adk zd yg form 1 n abg zd yg form 5..diorg semua exam ai ni..smg diorg leh wt yg tbaik dan terrrbaik..InsyaAllah..to along:long,angah akan doakan kjyaan along dlm SPM..wat molek long..smg cita2 long nk jd pilot jd kytaan..Ameen..to achik:best of luck gak untuk achik..sampai umah karang jgn harap nak berebut laptop dgn angah ek..ai ni turn angah..hehe..

Pg td cam biasa..jd suri rumah sepenuh masa..kemas2 apa yg patut dkemas..pastu zd ajak adk2 zd brkfast untuk kali kedua..awal2 pg td da makan frnch fries..lewat2 pg makn nasik le..huhu..zd pon g la masuk dapur serve food untuk diorg memandangkan diorg ni kecik2 ag..kalo da besar mmg cofim,diorg yg serve food untuk zd..hehe..baek pnya kakak..

Nak dijadikan citer,adik zd yg bongsu ni wt hal sket.xnak makan..huhu..pjuk pny pjuk xmjadi..zd kna pastikan dia makan jgk walaupun secebis sbnya dia xmakan pape lg pg td..then,pk pnya pk,,zd pon try la cara ni..zd xtau jadi ke x..zd cakap..'adek makan la nasi tu..kalo adek xmakan,adek xleh tgk k.ngah btunang..adek nak mkan x..??'pastu adek zd pon angguk n terus makan...xcukup dgn pujukan rayu tu,dia tmbah lg satu..dia suh zd wt choc cake...ok2,fine...kakak buat...pnya la susah nk makan..siap bg pmintaan lg..huhu..

Adek2 zd yg 2 org lg,dgr zd pujuk adek zd..pastu,k.teh pon myampuk..dia tnya..'bila k.ngah nak btunang dgn ..(smbdy's name)..?hah,,btunang..??zd juz menafikan..mmg btol pon..zd xde nk btunang dgn sape2..zd juz nak suh adek zd makan je..xlbh dari tu..huhu..then,dia mympuk lg..dia cakap..'k.ngah nak tau x afzal(adek zd) kan da ada girlfren..nama dia start dgn huruf T.hujung sekali huruf M..yg tgh2 huruf S..cuba k.ngah teka..zd,lam ati (masyaAllah,,adik aku..da pandai nak bkasih sayang rupanya ye..Astaghfirullahal'azim..ish3)then,zd pon teka la nama bdak tu tp xdapat2..last sekali setelah penat memerah otak,adek zd pon bgtau la..em..Tasnim rupanya nama empunya diri..(bukan nama ckgu admath kiter tau..hehe)..ape la zd ni..nama simple cam tu pon xleh nak teka..

Bang lang ni plak,disebabkan dia xpuas ati..mybe sb dia nakkan keadilan,,dia pon bgtau jgk nama k.teh pnya boyfren..zd juz dengar diorg borak..mnyampuk sket2..huhu..xcukup dgn adek zd 2 org ni,,adek zd yg bongsu pon ada jgk..masyaAllah,pe nak jadi la dgn adek2 zd ni..zd tau diorg juz bgrau je..bdak2 lagi..zd pernah jmpa kawan adek bongsu zd..blh kiro macho..zd tgk,diorg macam bestfren je..sbnya,,kwan adek zd ni selalu gak jenguk2 adek zd..main sama2..mesra alam..huhu..biasa la,,bdak2 kan..xtau pape lg..bila diorg da besar nanti,,cofim diorg msti malu pnya..sb zd sndri pon pernah da rasa prasaan malu tu..hehe..(terigt lak zaman kanak2..malunyerr..xtau nak ltak muka kt ne..)

Pastu,kitorg sambung lg..yg ni topik lain lak..sal ambtion..kitorang citer sal ambition masing2..best jgk borak dgn bdk2 ni..diorg pny pndapat pon bbeza..huhu..along,nk jd pilot..angah,nk jd doc gynaecology..achik,xtau nk jd ape..hehe..k.teh,nak jd teacher..b.lang lak nak jd doc jgk..nmpknya zd da ada buddy..satu kpala dgn zd.hehe.. n yg bongsu skali,agk plik jgk la dia pnya ambtion..adek nk jd nurse ala2 doc..entah la org panggil ape keje ni..huhu..hrp2nyer,,kitorg pnya ambtion jd kytaan..insyaAllah..Ameen..then,topik ni stop kat sni..

xcukup dgn tu,,diorg tmbh lg satu topik..topik yg agk dasyat jgk bg zd..huhu..sal pe tau..?sal nama yg nk bg kt anak masing2..Subhanallah,,masyaAllah,,Astaghfirullahal'azim..Ya Allah..majunyer adek zd ni..terlebih maju ke depan..huhu..then,k.teh pon tny la zd..'k.ngah nak bg nama apa untk ank k.ngah..?what,nama ank..?hmmm,,zd pon jwb je la..mmg nama tu khas untuk anak zd..huhu..maju x zd..??rasanya da tlebih maju..hehe..zd juz layan je adek2 zd borak..da lama zd xborak2 dgn diorg..xde masa lbh..to k.teh,b.lang n adek:sori byk2..baru skrg k.ngah sempat nk borak lama2 cm ni..best sgt..)

Lastly,zd sempat pesan kt adek2 zd..juz ignore about boyfren,girlren n yg sewaktu dgnnyer..bljar dulu smpai bjaya..jgn pk sal jodoh..Allah da tentukan semuanyer(terigt lak pesanan papa li..huhu) they're too young 4 that n me too..sedar xsedar,da dekat sejam kitorang dok kat meja makan..zd pon suh la diorg p basuh tgn..then,pas siap basuh pnggang smua2,,diorg pon g la kt living room..wt keje masing2..nak tau x diorg wat keje apa..?keje main mak2,main ckgu2,tgk citer cartoon..2 la keje diorg..hehe..

Em,rasanya setakat ni dulu..ni pon da ckup pnjang da..kalo zd dberi umur yg pnjang,,zd akn post lg citer2 lain yg lbh mnarik..insyaAllah..
k,,salam kasih wat semua:)

p/s:hujan xhenti2 lg..sejuknyer..

Friday, November 13, 2009

Buatmu Teman.....














Sahabatku...

Apabila aku kesepian,
hiburkanlah aku dgn suaramu...

Apabila aku sakit,
ubati aku dengan kasih sayangmu..

Apabila aku mati,
jangan mandikan aku dengan air matamu...

Apabila aku terkubur,
kuburlah aku dalam hatimu...

Dan bila aku tersesat,
selamatkanlah aku dengan doamu...


"Ya Allah,sahabatku itu hartaku...
Mesra kami penawar duka..
Rindu kami menambah pahala..
Rajuk kami membuah ceria..

Ya Allah,sillaturrahim kami ukhuwwah fillah..
Bermusuh kami NA'UZUBILLAH..
Berpisah mati INSYAALLAH..
Pengubat hati doa Rabithah..

Ya Allah,rahmati kami meniti usia..
Terpisah kami di alam nyata..
Temukan semula di taman Syurga..
Amin Ya Rabbal'Alamin...

Saturday, November 7, 2009

"Khas Untukmu Duhai Wanita..."

WANITA SEJATI...




...adalah wanita suri teladan..
Lembut tanganmu mampu menghurai
seribu masalah..
Di bawah ayunan buai oleh jejari
halusmu lahirlah cahayamata yg
menyinar dunia dgn pancaran keimanan..
Kau dilahirkan bersifat penghuni Syurga,
lemah-lembut,penyantun dan pemalu..
Peliharalah maruah dirimu sepanjang
waktu dalam berhijab..




Koreksi dirimu selalu kerana dikhuatiri
nafsumu yg sembilan,akalmu yg satu
tdk mampu mengharungi kemelut dunia
yg serba palsu ini..
Dekatkan dirimu selalu kepada Allah &
senantiasa btaubat dan malu atas
keterlanjuran masa lalu..


Bila kau disunting menjadi seorang isteri,
jadilah isteri yg setia,utamakanlah
mengurus rumahtangga,menjaga
amanah dan harta suamimu,mengasuh
dan mendidik anak2 bagi menatang
cahayamata...


Muliakanlah ibu bapa dan ahli keluargamu,
taatilah perintah Allah dan jauhilah
laranganNya,serta manis dalam menjalin
hidup mengikut sunnah Nabi tercinta
InsyaAllah kau adalah Wanita Sejati...





Amatilah sebuah hadis Rasulullah s.a.w:
"Apabila seorang wanita telah melakukan
solat lima waktu dgn sempurna,
berpuasa di bulan Ramadhan cukup
syaratnya,menjaga maruah dirinya,serta
mentaati suaminya,maka di akhirat akan
diseru untuk masuk ke dalam Syurga dari
arah pintu mana yg ia suka.."
(riwayat oleh Al Bazzar)


BERSYUKURLAH KERANA DICIPTA SEBAGAI
WANITA...

Friday, November 6, 2009

AWWALAN...


Antara prioriti penubuhan blog ni adalah:

~sbg slh satu prakarsa untuk merapatkan ukhuwwah islamiah antara sahabat2..

~untuk mengkhabarkan pkembangan semasa..

~untuk mengimbas kembali nostalgia bersama sahabat2..
Emm,mungkin 10 tahun akan datang bila kitorang semua dah bekerjaya,dah jadi 'milik
orang lain',tapi kitorang masih lagi ingat saat2 manis bersama..

~sbg slh satu platform untuk menyampaikan dakwah melalui nasihat2,isu2 semasa dll..


p/s:kiter sahabat dunia akhirat,ok:)
:uhibbukunna fillah abadan abada...