
Emm,baru2 ni zd ada mbaca buku motivasi yg btajuk 'Petua Untuk Sentiasa Ceria' karya Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah,Hj. Muhammad Zakaria dan Zizi Azlinda Yusof..buku tu mmg best sgt2..sesuai untuk semua orang,xkira tua atau muda..dan zd rasa petua2 yg disyorkan tu senang utk dpraktikkan..hari ni, zd rasa nak kongsi beberapa tips utk sentiasa ceria...huhu..
- PATUH PERINTAH ALLAH
~Allah berfirman maksudnya:
"Dan,bahawa Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An-Najm:43)
~untuk mencari keceriaan dalam diri,bawa diri kita dekat dengan Allah.Taati Allah,dirikan ibadah,tinggalkan segala laranganNya.Jika kita cuba sedaya upaya mematuhi perintahNya bermakna kita mengejar rahmatNya..
~kata hukamak:Buatlah apa yang Allah suka walaupun ramai orang benci.Jangan melakukan sesuatu yg ramai org suka tetapi Allah benci..
- BERDOA UNTUK CERIA
~Doa adalah senjata dan doa juga mampu mengubah takdir...
~10 Sebab Doa Tidak Diterima:
-kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak mematuhi hak2Nya (hak Allah adalah mengikut segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya..
-kamu mengaku mencintai Rasulullah,tetapi kamu tidak pernah mengikut sunnah Baginda..
-kamu membaca Al-Quran,tetapi kamu tidak mengamalkan isi kandungannya..
-kamu mengaku syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu patuh kepadanya..
-kamu berdoa dijauhkan dari api neraka tetapi kamu mendekatinya dengan selalu berbuat maksiat..
-kamu berdoa semoga dimasukkan ke Syurga tetapi kamu tidak berusaha untuknya..
-kamu mengetahui bahawa kematian itu pasti tetapi kamu tidak bersiap sedia menghadapinya..
-kamu selalu membuka keaiban saudara kamu tetapi kamu tidak melihat keaiban diri kamu sendiri..
-kamu makan segala rezeki dan nikmat Allah tetapi kamu tidak mensyukurinya..
-kamu mengebumikan jenazah saudaramu yg meninggal,tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya..
~WAKTU TERBAIK UNTUK BERDOA :
-selepas azan
-waktu hujan lebat
-waktu dalam kesedihan
-waktu kesusahan
-selepas membaca Al-Quran
-waktu berkumpul dalam majlis ilmu
-waktu melihat kaabah
-waktu tawaf dan saie
-waktu di antara dua khutbah Jumaat
-waktu hampir berbuka puasa
-waktu berpuasa(puasa wajib dan sunat)
-selepas solat
-1/3 terakhir malam
-waktu sahur
- MAAFKAN SEMUA ORANG SEBELUM TIDUR
~ini adalah adab2 tidur yg diamalkan oleh Rasulullah..
~sikap pemaaf diserasikan dengan hidup berkasih sayang..Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud: "Sayangilah apa yg ada di muka bumi,nescaya kamu akan dikasihi oleh yg di langit (para malaikat)." (Riwayat Thabrani)
- PROGRAMKAN MINDA SEBELUM TIDUR
~antara program yg boleh kita lakukan sebelum melelapkan mata ialah muhasabah diri dan memperbaharui niat seikhlas mungkin..contohnya, 'Aku nak bangun esok pagi dalam keadaan minda yg cergas dan sentiasa ceria.."
- SENYUM & BERDOA KETIKA BANGUN TIDUR
~senyum kerana kita tidak menyesali hari semalam dan berdoa kerana mohon kekuatan menghadapi hari esok...
~peribahasa Cina mengatakan,
"Semalam dan kelmarin telah berlalu meninggalkan sejarah dalam kehidupan.Esok,lusa dan akan datang merupakan impian dan wawasan."
- MEMAKAI WARNA YG SESUAI DENGAN NALURI
~setiap warna mempunyai pengaruh kepada jiwa dan persepsi manusia..contohnya:
~warna pink(my fav,huhu)
-penyayang,bersungguh-sungguh,ekstrim apabila fokus kepada sesuatu,sihat...
~warna kuning
-ceria,tahan lasak,suka berkawan,suka popular,enjoy..
~warna hijau
-tenang,pemurah,berperikemanusiaan,kreatif,mengambil berat,banyak idea,pengasih,penyayang..
~warna merah
-kemegahan,pantas,kurang sabar,bersemangat..
~warna coklat
-matang,sihat,berdikari,tenang..
~warna hitam
-ego,keyakinan diri,mudah hiba,iltizam yg tinggi,komited,serius..
~warna putih
-optimistik,suci,kedamaian,xsuka bergaduh,bersangka baik..
~warna biru muda
-sensitif,beretika,romantik,suka menolong,mudah berkorban,kerjasama,membawa kesembuhan..
~warna perak/emas
-kejayaan,positif,ceria,gigih..
~warna oren
-suka kebebasan,aktif,agresif,sihat..
- MENGGEMBIRAKAN ORANG LAIN
~"Amalan yg utama ialah kegembiraan yg kamu tanamkan ke dalam hati seorang Muslim." -maksud hadis..
~Rasulullah s.a.w juga bersabda:
"Sesiapa yg melapangkan seorang Muslim drpd satu kesusahan dunia,Allah akan melapangkan daripada kesusahannya pada hari kiamat."(Riwayat Muslim,Abu Daud,Nasa'i,Tirmizi dan Ibn Majah)
~byk cara boleh dibuat untuk menggembirakan saudara2 kita yg lain:
-Hadiah
Sabda Rasulullah bermaksud:
"Hendaklah kamu saling mberi hadiah,kerana ia boleh melahirkan perasaan kasih sayang dan akan hilanglah pmusuhan," (Riwayat Bukhari & Abu Ya'la)
-Dakwah
Misalnya,bg para da'ie @ pendakwah,mencari cara yg kreatif dlm memikat hati org2 yg didakwahnya demi mbawa mereka mengenali Allah dgn hati yg tbuka..
-Akhlak Mulia
-Kata Penyejuk
- MEMUPUK PERSAHABATAN YG PADU
~Sahabat sejati ialah teman di kala senang dan di kala susah...
- "BETAPA PENTING KAMU BAGIKU..."
~Di kala kita berseorangan dan menghadapi kegusaran ada sahabat yg datang menemani kita dan mberi semangat baru..ini bibit-bibit ceria!!
Setakat ini shj petua yg ign zd kongsikan bersama..harap kita semua blh praktikkan dalam kehidupan kita seharian di samping kita bermuhasabah diri dan membuat perbaharuan..hanya kerana Allah..
Salam sayang utk semua:)
No comments:
Post a Comment